Malaysia menyaksikan populasi diabetes tertinggi di Asia juga antara tertinggi di dunia sehingga memaksa negara membelanjakan sebanyak RM4.4 bilion setiap tahun bagi tujuan rawatan berkaitan penyakit tersebut.<br /><br />Sempena Hari Diabetes Sedunia, Kumpulan Sunway Healthcare menganjurkan kempen tahunan Know Diabetes bagi mendidik dan memotivasikan rakyat malaysia untuk melakukan pencegahan serta mengurus risiko diabetes.
